A.Tanah
Campurkan compost, tanah dan perlite。Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati.
B.Cara Penanaman
Selepas berbunga, potong dahan bunga dan siram air secara selang sehari. Jika daun mula kering,buangkan dahan dibahagian atas. Jika ubi dalam tanah telah mengeluarkan tunas baru, Tinggalkan 1-2 tunas sahaja. Tunas yang dipotong boleh ditanam semula.
C.Pembajaan
Memberi baja yang sedikit selang 2 minggu sekali dan dilakukan sebelum 9 pagi. Pastikan air baja tidak terkena pada daun, kerana daun akan kelihatan hangus atau reput. Baja boleh dilarutkan dalam air dalam nisbah 1Liter air bersama dengan 5 biji baja dan siram seminggu sekali.
D.Suhu dan cahaya
Gloxinia suka persekitaran yang lembap. Elakkan pancaran cahaya matahari yang terik. Gloxinia sesuai ditanam di tempat yang seelok-eloknya menerima pancaran cahaya matahari yang minimum. Elakkan terkana air hujan. Untuk menambahkan kelembapan udara, bolehlah sembur air atau letakkan pasu di basin yang berisi air. Cuaca yang sejuk boleh memanjangkan tempoh pembungaan.
E.Tempoh Pembunga
Jangan kenakan air pada bunga kerana ini menyebabkan bunga cepat layu. Jika dijaga dengan betul, sekuntum bunga boleh tahan selama 2 minggu.
F.Selepas berbunga
Jika tidak ingin mendapatkan biji benih, bunga yang telah layu hendaklah dipotong segera dan teruskan rutin penjagaan yang telah dinyatakan sebelum ini sehingga tunas baru tumbuh lagi.
G.Cara Penyiraman
Elakkan menakung di dalam pasu atau di atas daun. Lakukan siraman apabila tanah sudah menjadi kering. Jika persekitaran sangat kering, boleh semburkan air di sekitar pasu untuk mengekalkan kelembapannya. Adalah disarankan agar menyiram bunga anda pada sebelah pagi.
Disemak oleh Prince Kevin
没有评论:
发表评论